shaklee whole

shaklee whole

Thursday, October 30, 2014

Warga Emas.. Sihat Itu Anugerah.. Sihat Itu Amanah..

Masalah kekurangan zat makanan terutamanya protein dan tenaga serta mikronutrien seperti zink, selenium dan vitamin B adalah perkara biasa yg berlaku di kalangan warga emas, seterusnya menyebabkan sistem imuniti menjadi rendah dan berisiko mendapat penyakit berjangkit terutama ketika menunaikan ibadah Haji.


Masalah kehilangan selera makan sangat sinonim dengan warga emas. Mereka kehilangan selera makan dan menyebabkan pengambilan makanan menjadi kurang. Kehilangan selera makan mungkin diakibatkan oleh pelbagai penyakit seperti kegagalan jantung kronik, kegagalan hati kronik, penyakit sendi kronik, kegagalan buah pinggang kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan, nyanyuk serta keresahan.

Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang. Warga emas turut memerlukan:
  • Vitamin A bagi menghasilkan pigmen retina dan memastikan sistem imun badan berfungsi dengan baik.
  • Vitamin C diperlukan untuk membantu melawan jangkitan penyakit, mengurangkan risiko penyakit dan membantu dalam penyerapan ferum.
  • Asid Folik amat penting kerana kekurangannya yang kronik boleh menyebabkan anemia, lemah, keletihan, sukar untuk menumpukan perhatian, kerengsaan, nafas pendek (shortness of breath), kecelaruan fikiran (demensia) dan kemurungan.
  • Zat besi untuk menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam badan serta penting untuk fungsi otak terutamanya bagi pembelajaran dan daya ingatan.
  • Zink bagi membantu proses penghadaman karbohidrat, lemak dan protein serta mencegah pengurangan sensitiviti deria rasa dan bau.
  • Selain Vitamin dan mineral, KALSIUM juga penting untuk membina dan mengekalkan kesihatan gigi & tulang, mengurangkan kehilangan jisim tulang, membantu dalam pembentukan dam pemeliharaan tulang, mengekalkan imbangan homeotasis kalsium, membantu dalam pembekuan darah secara normal dan mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung.
Shaklee menawarkan Set Khas Warga Emas yang mengandungi segala nutrisi yang diperlukan seperti keterangan di atas. Set Basic Family Wellness juga boleh diambil oleh seluruh ahli keluarga termasuk warga emas bagi memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan baik.



Tiada apa yang lebih membahagiakan daripada melihat seluruh ahli keluarga termasuk warga emas sihat, ceria dan bahagia bersama2 menjalani kehidupan indah.. 

Sihat Itu Anugerah..
Sihat Itu Amanah..


Syamsila Abd Kadir
SID 1139304
Call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FB Page: Amanah Sihat Maklong



Tuesday, October 28, 2014

LECITHIN vs MINYAK

Hari ini maklong nak kongsikan Ujian terhadap Lecithin dan perbandingannya dengan minyak..
Jom kita intai!
 
Ujian Lecithin vs Minyak
--------------------------------

BAHAN-BAHAN EKPERIMEN:
Sedikit minyak
Air biasa
6 caps lecithin
2 Gelas kosong

CARA-CARA:
Tuangkan minyak dalam sebiji gelas berisi air.
Kemudian pecahkan 6 caps lecithin (Kapsul lecithin kerap, mungkin perlu sedikit tenaga).
Kacau lecithin dalam larutan
Biarkan selama 1-2 jam
Perhatikan perubahan.

 LECITHIN VS MINYAK

Minyak tu terapungkan. Semestinya minyak dan air tidak akan bercampur.

Then setelah di letakkan Lecithin di dalam gelas td dan di kacau, didapati minyak dan air tersebut sebati.

Ini menunjukkan bahawa Lecthin berupaya memecakan dan menguraikan lemak tersebut. Anda boleh cuba di rumah kalau tidak yakin dengan ujian ini.

  DEMO LECITHIN

Jom berkenalan dengan JENIS-JENIS LEMAK :
Lemak Tepu -
Bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebanyakanya dari sumber haiwan dan juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.
Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah yang berpotensi untuk termendap di saluran darah dan jantung.

Lemak tak Tepu - Besifat lembut dan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati dari sumber tumbuhan.

Imbas Kembali Kebaikan Lecithin:

Semulajadinya dikenali sebagai “pelarut lemak”. Wah hebat boleh larutkan lemak.

√ Sangat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet Lecithin menolong membakar lemak dengan lebih cepat.

√ Membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik. Penolong yang sempurna nampaknya. Apa vitamin jenis larut dalam lemak ? Vitamin A,D,E,K

√ Menjaga sel-sel dari proses pengoksidaan.

√ Menguatkan memori kerana adanya kandungan kolina di dalamnya. Jadi bolehlah dikatakan ianya makanan untuk otak.

√ Lecithin juga untuk mereka yang ingin cantik. Boleh menolong melembabkan kulit dan menyinarkan rambut.

Syamsila Kadir
SID1139304
Call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FBPage: Amanah Sihat Maklong

SIHAT ITU AMANAH!

Thursday, October 23, 2014

BUAH APA YG BAGUS UNTUK DIET?????


Dalam misi penurunan berat badan.. peranan buah-buahan dan sayur-sayuran agak penting bagi memastikan pengambilan snek hidangan anda berkhasiat dan mempunyai nutrisi yang cukup untuk keperluan tubuh anda.

Sejauh manakah buah-buahan yang anda makan memberi kesan positif terhadap DIET anda??
Maklong ingin kongsikan tentang Buah-buahan yang sesuai untuk DIET YANG SIHAT.

1) LEMON
menurunkan berat badan
boleh diambil dengan menambah madu dalam perahan jus lemon ini dan minum secara rutin
membantu pembakaran lemak serta membersihkan dan melancarkan sistem penghadaman tubuh.

2) KIWI

kaya dengan serat & vitamin C
mengurnagkan nafsu makan yang berlebihan

3) EPAL

"An apple a day keep the doctor away"
kaya dengan serat & pemanis semulajadi
rasa manis & kandungan air dalam buah epal akan mengundang rasa kenyang yg lebih lama pada perut.

4) PISANG
banyak pati larut yg berfungsi untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh,
perut berasa lebih kenyang dalam jangka masa yg lama.

5) NANAS

buah yg bebas kolesterol dan lemak
mengandungi 85% air selebihnya terdiri daripada vitamin, serat, antioksidan & mineral.

6) TEMBIKAI

tidak mengandungi lemak sama sekali
berupaya untuk menstabilkan cecair di dalam darah
mengandungi vitamin A, C dan extra energy untuk tubuh

7) BERRIES
strawberry, blueberry dan semua ahli keluarga berry
melancarkan sistem penghadaman
mengurangkan kolesterol tubuh serta boleh menurunkan berat badan.


Yang mana satu buah kegemaran anda?? pastikan membantu misi anda menurunkan berat badan ok!
Apepun pengambilan suppliment sangat membantu selain pengambilan buah-buahan dalam menu harian anda.

Nak sihat?? Nak bertenaga?? Nak kurus??
Roger2 maklong untuk dapatkan konsultasi secara percuma..

SIHAT ITU AMANAH!

Syamsila Kadir
SID1139304
Call/sms/whatsapp: 0137445591
emel: syamsila@gmail.com
FB Page: Amanah Sihat Maklong
FB Personal: Syamsila Binti Abd Kadir






Monday, October 20, 2014

MAKANAN TINGGI KALORI




Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

Kredit to: http://shazdeshoppe.blogspot.com/

Nota kaki Maklong: emmm maklong pun kena cuba elakkan makanan tinggi kalori ni.. amalkan pemakanan yg sihat dan seimbang. Pengambilan Vitamin juga membantu menjayakan misi penurunan berat badan anda! Jom Diet Sihat Shaklee!

Pakar Diet Sihat Shaklee anda,
Syamsila Kadir
SID1139304
Call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FBPage: Amanah Sihat Maklong
FBPersonal: Syamsila Binti Abd Kadir

SIHAT ITU AMANAH!

 

Sunday, October 19, 2014

DIET SIHAT SHAKLEE

Alhamdulillah... walaupun kebizian melanda, maklong tetap memberi dan teruskan memberi terutama pada yang sudi menerima..

okeylah.. actually maklong sedang dalam proses menurunkan berat badan.. senang citer DIET.. tapi DIET bukan sebarang diet ok.. Maklong lebih mengutamakan kesihatan. Apalah ertinya kurus, ramping, slim melim tapi tenaga takde, lemah longlai, letih lesu tidak bermaya????

Jom kita sama-sama fahami apa itu DIET SIHAT SHAKLEE..


Shaklee sangat mengutamakan kesihatan pengguna-penggunanya tidak kiralah misi apa yang diperjuangkan samada misi penyusuan, kecantikan kulit, untuk kesuburan tak kurang juga PROGRAM DIET atau menurunkan berat badan.

DIET SIHAT SHAKLEE = DETOX + FAT EMULSIFIER + PROTEIN

Jom kita intai-intai 3 Langkah Pengurusan Berat Badan Shaklee:
1) DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yg melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Apabila dinding usus dibersihkan barulah badan dapat menyerap nutrien pada tahap yg optimum. Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.

Cadangan Vitamin: (a) Herb-Lax  (b) Alfalfa Complex

(a) HERBLAX
  • Membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Untuk pembersihan najis yang tersekat 
  • membantu dalam mengurangkan / memberi kepejalan kepada perut
  • merangsang usus dan mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yg tersimpan terlalu lama.
  • membantu mengempiskan perut
  • Ibu menyusu tidak digalakkan untuk mengambil Herblax kerana bimbang kesan cirit birit kepada bayi.

(b) Alfalfa Complex
  • Sesuai untuk mereka yang tidak mengalami masalah sembelit.
  • menyingkirkan lemak dan kolesterol
  • Hanya Alfalfa mengandungi saponin (span) yang bertindak sebagai serat yg menyerap kolesterol.

2) FAT EMULSIFIER / PECAH LEMAK
Untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan, tubuh memerlukan medium pengangkutan untuk membawa keluar semua lemak yang tidak diperlukan dari badan.

Cadangan Vitamin: (a) Lecithin  (b) Omega Guard

(a) Lecithin
  • merupakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak menyebabkan lemak terapung di dlaam darah & mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
  • Lecithin tidka boleh dihasilkan oleh badan tetapi snagat diperlukan oleh badan.
  • Menyerap vitamin yg larut lemak
  • agen pemecahan lemak dan kolesterol
  • bertindak sebagai "pembersih" salur darah
  • pengambilan makanan tambahan membantu mengemulsi metabolisma lemak, kolesterol & trigliserid dalam tubuh.
  • menghalang obesiti, mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yg seimbang.
  • meringankan sembelit

(b) Omega Guard
  • membantu merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan.
  • membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida & kolesterol LDL
  • mengawal masalah obesiti serta membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • EPA dan HDA dalam Omega Guard boleh membantu mengurangkan lemak dalam darah

3) MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. 
Protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yg kosong bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.
Bagi yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, pastikan protein sentiasa terkandung dalam setiap menu makanan anda.

Cadangan Vitamin: (a) ESP (b) Cinch Shake Mix

(a) ESP (Energizing Soy Protein)
  • memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yg pernah dihasilkan.
  • merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yg mengandungi 9 asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • ESP membekal tenaga dengan segera serta meningkatkan sistem imun badan
  • Kandungan Indeks Glisemik yang rendah dan sesuai untuk penghidap kencing manis.

(b) Cinch Shake Mix
  • Protein dalam Cinch Shake digunakan untuk membina otot, meningkatkan kadar metabolisma dan membakar kalori.
  • menahan rasa lapar serta membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.
  • diperkaya dengan Leucine untuk pemeliharaan otot semasa diet.


Dengan mengamalkan 3 Langkah ini... serta pengambilan air kosong 3 Liter sehari beserta Senaman InsyaAllah anda akan menikmati kesan yg positif. Maklong pun sedang berusaha mengikuti semua langkah yang telah dikongsikan tadi. Semoga bermanfaat buat mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Maklong juga faham dengan keperluan budget anda.. Oleh itu Shaklee juga menawarkan Set Penurunan Berat Badan mengikut budget pilihan anda:


Sumber: Panduan Nutrisi Shaklee & www.dbeautywatiesha.wordpress.com

Untuk sebarang info dan konsultasi:
Syamsila Kadir
call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel: syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir

SIHAT ITU AMANAH!


Wednesday, October 8, 2014

ESP tidak boleh dibancuh dengan Air Panas.. INI FAKTA!!





Mungkin anda sering kali mendengar dan diberitahu oleh pengedar Shaklee anda, bila nak bancuh ESP Shaklee, pastikan guna air sejuk atau suam, dilarang sama sekali menggunakan air panas. Tetapi, ada tak anda terfikir, sebenarnya kenapa agaknya anda dilarang buat begitu? Pernah tak anda diberitahu sebab dan alasannya?


Bagi yang belum tahu, jom saya kongsikan kenapa sebenarnya ESP Shaklee tidak boleh dibancuh menggunakan air panas. 

Sebenarnya bukan sahaja ESP Shaklee, malahan apa brand dan jenis vitamin pun yang mengandungi protein, tidak boleh di bancuh dengan air panas melebihi 40’ Celsius termasuklah Mealshakes dan Chinch Shake Mix Drink. Dan juga termasuk sekali susu formula yang anda berikan kepada anak anda setiap hari tu. 

Perasan tak, bila anda nak bancuh susu anak anda, anda akan pastikan bancuh susu dengan air sejuk atau suam dulu, betul x? bila dah cukup sukatannya, baru campurkan dengan air panas kan? Haa.. kenapa agaknya anda buat macam tu?
Apa yang sebenarnya terjadi?
Apabila kita campurkan protein dengan air yang panas, akan terjadi satu proses yang dinamakan "protein denaturation" ataupun "penyahaslian/denaturasi protein". Proses ini melibatkan perubahan sifat struktur protein akibat terdedah kepada suhu yang tinggi dan lain-lain. Akibatnya, khasiat dalam sesuatu jenis vitamin itu akan berkurangan.

Untuk penerangan lanjut tentang proses ini, sebenarnya protein soya sangat sensitif kepada haba. Sekiranya ia diproses pada suhu yang tinggi, protein penting yang terkandung di dalamnya akan termusnah. Sebenarnya soya yang baik adalah soya yang dimasak pada suhu yang rendah dan tidak merosakkan molekul asid amino, walhal apabila kita minum air soya yang dijual di pasar malam mahupun soya kotak, air ini di masak pada suhu yang sangat tinggi dan secara langsung merosakkan rantaian asal molekul asid amino yang terdapat dalam soya tersebut. Apabila ini terjadi dan tanpa disedari kita mengundang kehadiran radikal bebas dan maka terbentuklah sel2 yang tidak normal dan ini sering dikaitkan dengan penyata “Minum soya boleh akibatkan kanser”.
Pada saya ayat penyata tersebut terdapat kebenarannya terutama apabila ikatan rantaian asid amino telah berubah apabila soya dimasak pada suhu yang tinggi.
Sebab itu ESP Shaklee tidak boleh dibancuh dengan air panas. Bukan sekadar risau akan hilangnya zat tetapi kita khuatir suhu yang panas dan tinggi akan menyebabkan rantaian ikatan molekul asid amino akan berubah dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan terhasilnya radikal bebas di dalam sel badan kita.

Untuk pengetahuan anda, ESP Shaklee ialah protein soya berkualiti tinggi yang diiktiraf di seluruh dunia. ESP Shaklee sangat berbeza dengan soya-soya yang lain kerana ia merupakan merupakan produk yang paling banyak melalui ujian klinikal. Bahan utamanya ialah kacang soya non-GMO(yang tidak diubahsuai secara genetic) dan ianya diproses menggunakan suhu yang rendah. Oleh sebab itu, jika anda ada mengambil sebarang jenis vitamin berbentuk protein, gunakanlah air sejuk atau yang penting bawah dari 40’ celcius.

Sumber: FB Group StayHealthy

Nota kaki maklong: minum ESP + Tropicana Twister sejuk2 menyegarkannn!!!

Untuk sebarang Info dan Konsultasi:
Syamsila Abd Kadir
call/sms/whatsapp: 0137445591
Email: syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir

SIHAT ITU AMANAH!

Monday, October 6, 2014

Supplement Tambahan: Ibu Menyusu jangan ambil mudah!

Menyusui bayi yang dilahirkan adalah satu tuntutan yang amat digalakkan oleh setiap agama dan kepercayaan. Persoalannya mengapakah setiap ibu harus menyusu bayi mereka? ini kerana menyusui anak dengan susu ibu merupakan suatu ibadah dan amat dituntut oleh Islam.

Firman Allah yang bermaksud:
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anaknya selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." 
(Surah Al-Baqarah 2: 233)

Susu Ibu dianugerahkan kepada setiap ibu yang melahirkan bayi. Kandungan susu ibu cukup sempurna dan tiada bandingan. Susuilah bayi dengan susu ibu supaya si kecil dapat membesar dengan sempurna. Susu ibu umpama titisan mutiara yang berharga, ikhlas daripada seorang ibu kepada anaknya.


Semua ibu perlu mengamalkan pemakanan seimbang supaya snetiasa sihat dan bertenaga untuk mengurus keluarga di samping menyusukan bayi. Ibu-ibu juga perlu minum banyak air kosong lebih kurang 3 liter sehari kerana menyusu boleh menyebabkan ibu menjadi dahaga. Segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh ibu menyusu perlu diambil secukupnya bagi memastikan bayi yang disusu mendapat zat dan khasiat yang sama daripada pemakanan ibunya.

SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK IBU MENYUSU: PERLU KE???

Baru-baru ini timbul perdebatan hangat yang mempersoalkan benarkah ibu menyusu perlu ambil supplement sebagai ‘milk booster’ untuk menambah pengeluaran susu. Ada yang mendakwa supplement ini tidak membantu dalam penyusuan. Malah, ambil dan tidak ambil pun tiada sebarang kesan terhadap terhadap pengeluaran susu ibu yang menyusu anak. Akhir sekali, menurut mereka, walaupun ibu kekurangan nutrisi tapi ianya tak menjejaskan kemampuan si ibu untuk menghasilkan susu yang cukup berzat untuk si manja tersayang.
Pertamanya, kehebatan susu ibu memang tidak dapat dinafikan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Menurut kajian oleh Unicef, penyusuan susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malah lebih dari itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.
 
Justeru, mengapa ibu menyusu perlu supplement untuk menyusu anak?
Penting untuk ibu menyusu memahami bahawasanya adalah tidak tepat atau salah sekiranya mereka mengamalkan prinsip seperti berikut:
“Aku sebagai ibu harus melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu badan, walaupun terpaksa mengambil bahan yang mengandungi “dadah” atau memberi kesan sampingan.”

Ini bukanlah seperti apa yang disarankan oleh pakar-pakar penyusuan sedunia. Adalah penting untuk mengetahui apa yang diambil kerana jika tersalah ianya bukan sahaja akan memberi impak fizikal kepada ibu seperti sakit kepala, migrain dan sebagainya bahkan ibu juga akan mengalami gangguan dari segi emosi.
 
Konsep tidak ambil peduli terhadap kesihatan diri sendiri asalkan anak mendapat susu yang terbaik adalah konsep yang SALAH. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini dan terlalu banyak salah tanggapan bahawa yang penting atau pun fokus adalah kepada menyusukan anak dan anak perlu mendapat susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan dan kebajikan diri si ibu.
 
Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja semata-mata menyusukan anak dan sumber pemakanan utama semasa masih bayi. Tetapi, si ibu jugalah tempat si anak bergantung harap dan bermanja dengan kasih-sayang. Malahan, skop peranan seorang ibu adalah cukup luas dan tidak dapat dibincangkan hanya dalam satu artikel pendek ini. Peranan ibu sebagai seorang suri rumah tangga, isteri, anak, pekerja dan sebagainya menunjukkan betapa pentingnya si ibu mengutamakan kesihatan dan penjagaan diri dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk keluarga. Oleh itu, tidak benarlah sekiranya si ibu hanya fokus kepada penyusuan susu ibu tetapi mengabaikan tugas yang lain.
 
Para ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan kekal cergas. Sihat dari ertikata sihat fizikal dan mental. Malah, ibu moden juga perlu sentiasa anggun, cantik dan kekal cergas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Justeru, di sinilah perlu difahami secara tuntas, mengapa ibu memerlukan sokongan dalaman dan luaran. Dalam konteks seperti seorang suami yang memahami, persekitaran yang positif, suasana rumah dan tempat kerja yang kondusif dan sudah tentu yang paling penting adalah pemakanan yang sihat disertakan dengan amalan kerohanian yang mantap.


Rentetan daripada perkara inilah yang menyebabkan timbulnya idea mengapa para ibu memerlukan set breastfeeding Shaklee. Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.
 
Buat ibu-ibu yang mempunyai bajet yang lebih, boleh disertakan dengan pengambilan kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium iaitu dengan set E. Seterusnya, Energizing Soy Protein atau ESP juga berperanan dan perlu dalam penyusuan susu ibu. Protein ialah elemen penting dalam susu ibu dan dipengaruhi oleh pengambilan protein oleh ibu.
 
Seperti yang telah dijelaskan, sekali lagi diingatkan bahawa ibu yang mengambil “milk booster” semata-mata perlu memastikan diet harian cukup untuk membekalkan nutrien diperlukan badan. Pengambilan Shaklee Breastfeeding Set, sekurang-kurangnya dapat membantu menjadikan si ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, ia juga membantu ibu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti memiliki kulit cantik berseri dan gigi yang kuat. Akhirnya, dengan nutrien lengkap dan persekitaran positif, emosi para ibu akan sentiasa positif dan tidak terganggu.
Namun begitu, terpulang kepada diri masing-masing. Tepuklah dada dan tanya diri sendiri.

Alhamdulillah. Ramai kawan-kawan penulis dan saudara-mara yang telah mendapat manfaat dari Shaklee Breastfeeding Set ini. Ibu tetap insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Ibu yang sihat dan bertenaga akan memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Biarlah kita mengisi setiap rencah kehidupan mereka dengan sihat, cergas dan gembira!
 
Nota kaki: Maklong pernah merasai indahnya perjalanan menyusukan zhafeerah selama 2 tahun lebih.. Semoga Maklong diberi kesempatan untuk menjalani detik2 indah ini lagi... amin.. ya Rabbal a'lamin..
 
Sumber informasi daripada:  
http://www.cikguvita.blogspot.com
(Cikgu Vitamin)
 
Buku Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda 
(Nazirah Johar & Zaharah Sulaiman)
 DBP 2011



Untuk sebarang informasi dan Konsultasi:
Syamsila Abd Kadir
call/sms/whatsapp: 0137445591
Email: syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir

SIHAT ITU AMANAH!
 
 

Wednesday, October 1, 2014

Makan Vitamin tapi tak berkesan pun????






Ramai di antara kita kurang prihatin tentang Vitamin yang mereka ambil setiap hari. Ada yang mengeluh "Saya makan Vitamin tapi takde kesan pun?? sama je??" "Saya tak pernah lupa makan vitamin tapi kenapa masih takde kesan positif??". Betul ke anda ikut aturan dan jadual pengambilan yang betul?? 

Jom kita intai-intai kenapa jadi begitu ye?? Supplement Favourite Maklong SHAKLEE!!

  • Kurang minum air putih. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan.
  • Makan Vitamin secara banyak pada satu masa. Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan.
  •  Vitamin yang tidak boleh diambil serentak:
  1.  Vita-Lea dan Alfafa tidak boleh diambil serentak dengan Vitamin E,GLA,Ostematrix ataupun dairy produk yang lain.
  2. Vita-Lea  tidak boleh diambil serentak dengan air susu.Ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea.
  3. Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa kerana Alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan Vitamin E.
  4. Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  5. Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan GLA Complex kerana ia boleh ganggu penyerapan nutrisi kedua-duanya.
  6. Zink perlu diambil sebelum waktu makan.Ini kerana dalam proses pencernaan yang normal, zink akan dimusnahkan,dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Pengambilan Zink selepas makan (terutamanya roti dan susu) akan menurunkan potensi zink sehingga 1mg untuk setiap 15mg zinc yang anda telan.
  • Pengambilan Kafein. pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.
  • Pengambilan Vitamin bersama ubat. Bagi anda yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil  vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.
  • Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak nak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.

Kredit to: http://www.cikguvita.blogspot.com

Nota Kaki: Emmm Nampak??? Kena ambil tahu nih.. Supaya supplement yang kita makan memberikan kesan yang positif. Jangan main terjah je.. Apepun jangan risau.. jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang pengambilan vitamin Shaklee jangan segan-segan tanya maklong k...


Syamsila Abd Kadir
SID1139304
call/sms/whatsapp: 0137445591
Emel:syamsila@gmail.com
FB: Syamsila Binti Abd Kadir

SIHAT ITU AMANAH! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...