shaklee whole

shaklee whole

Wednesday, January 21, 2015

BAWANG PUTIH vs ANTIBIOTIK


Bagi masyarakat awam, bawang putih hanya merupakan sejenis tumbuhan yang sedikit sebanyak berguna untuk dijadikan bahan perencah makanan. Dikalangan masyarakat Melayu tradisional, bawang putih biasanya dimakan sebanyak dua ulas bersekali dengan halia bara sebagai ulam semasa mereka makan nasi. Dengan kaedah ini, angin dalam tubuh mereka dapat dikeluar.  Bangsa Funisia yang menetap di jaluran tanah sempit antara bahagian hujung Timur Laut Mediterranean dengan gunung-gunung di Barat sungai Jordan begitu terkenal dengan pelayaran. Setiap kali belayar, mereka sentiasa membawa bawang putih sebagai bekalan perubatan. Di Bulgaria, bawang putih adalah sebahagian makanan penduduknya setiap hari. Ahli-ahli sukan bangsa Greek juga biasanya memakan bawang putih untuk menambah mutu persembahan sukan mereka di stadium Olympic. Namun bagi mereka yang mendalami sektor kesihatan dan perubatan, peranan bawang putih sebenarnya lebih dari itu. Sejak zaman dahulu lagi tumbuhan ini masyhur hinggakan ia turut ditulis dalam penulisan-penulisan ahli-ahli kedoktoran zaman purba seperti Dioscorides (doctor bangsa Greek) dan al-Razi (ahli kedoktoran Islam). Bawang putih juga disebut dalam Kitab-Kitab Perjanjian Lama (Taurat dan Injil), al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah.  
Dari sudut sejarah, bawang putih telah digunakan semenjak 7,000 tahun yang lalu oleh bangsa Babylonia, Mesir Purba, Hindu dan Cina. Raja-raja Mesir dahulu (bangsa Qibti) membelanjakan wang sejumlah RM750,000 mengikut nilai sekarang untuk membeli bawang putih sebagai bahan makanan hamba-hamba abdi Bani Israel yang dipaksa membina bangunan-bangunan pyramid di kawasan Cheop dan kira-kira 70 buah lagi yang berselerak di negeri tersebut. Bagi masyarakat Mesir Purba, bawang putih bukan hanya makanan tetapi ia juga adalah ubat bagi semua jenis penyakit seperti penyakit kulit, cacing, gangguan saraf pernafasan dan juga awet muda. Hingga kini, masyarakat Mesir masih lagi menanam bawang putih sepertimana yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka berabad-abad yang lampau. 

Dalam Perang Dunia Pertama 1914-1918 dan Perang Dunia Kedua, bawang putih digunakan untuk merawat askar-askar yang tercedera. Pada ketika itu, Perkhidmatan Perubatan Britain menggunakan beribu-beribu ton tumbuhan berkhasiat ini. Dalam sekitar tahun 1937, ahli-ahli kimia di Universiti California telah menganalisa kandungan kimia bawang putih dan mendapati ia mengandungi unsur  crotonic aldehyde. Dalam tahun 1944 pula, para ahli sains Russia membuat penyelidikan ke atas bawang putih dan bawang merah. 

Lalu didapati jika kedua-dua jenis bawang ini dimakan secara mentah, ia mampu membunuh bakteria merbahaya. Meskipun begitu, para saintis Russia ini tidak mendapati secara tepat apakah unsur yang terkandung dalam minyak bawang putih yang mampu membunuh bacteria. Mereka hanya menyebutnya sebagai “phytonicides”. Ubat sapu yang dibuat daripada minyak dan kulit bawang putih dan merah jika didedahkan didapati mudah hilang khasiatnya kerana dalam tempoh 10 hingga 15 minit akan hilang kuasa pembunuh kuman.

Kuasanya berkait rapat dengan baunya. Bawang putih merupakan antibiotik asli yang kaya dengan vitamin B dan C serta galian-galian seumpama zink, tembaga, aluminium, mangganam, sulphur dan juga zat besi. Dalam buku “The Home of Health” yang ditulis oleh Dr. Gunn M.D pada tahun 1878 mengesahkan bahawa tumbuhan ini adalah penawar bagi batuk kering, penyakit paru-paru, demam, gangguan cacing dan sebagainya. Dalam German Pharmaceutical Magazine, seorang pensyarah lawatan dan ahli fakulti Universiti Geneva, Dr.Praxis G.Iotrowski menulis tentang pengalamannya menggunakan bawang putih terhadap 100 orang pesakit dan didapati ia dapat menurunkan tekanan darah serta mampu menghapuskan segala gejala sampingan seperti sengal tulang belakang, pening kepala dan mabuk. Ini bererti ia adalah ubat yang paling mujarab sekali untuk penyakit darah tinggi. Tumbuhan ini mampu menurunkan tekanan darah sebanyak 10mm hingga 40mm setelah dua hari memakannya.
Semenjak penemuan ubat-ubat antibiotik, penggunaan bawang putih semakin dilupakan. Ini kerana para doktor umumnya lebih berasa mudah menggunakan ubat antibiotik. Satu faktor yang sering dilupai ialah pil-pil antibiotik hanya mampu membunuh kuman-kuman merbahaya itu sahaja tanpa membunuh kuman-kuman lain dalam usus perut  Namun peranan ini dapat dilakukan oleh bawang putih yang merupakan antiseptic yang jauh lebih baik daripada pil-pil tersebut. Orang ramai juga sering lupa bahawa adalah lebih baik dan selamat memakan ubat yang kurang sedikit kuasa penyembuhan tetapi tidak meninggalkan kesan-kesan sampingan atau side effects hingga dapat merosakkan mana-mana bahagian tubuh bilamana unsur-unsur kimia yang berlebihan dalam pil-pil itu berkumpul pada tisu tumbuh. 

Meskipun pil antibiotik berperanan penting dalam perubatan dan pembedahan, namun bahayanya ialah kita akan terdorong untuk terlalu bergantung sangat pada pil-pil tersebut. Dalam masa yang sama kita akan semakin melupai satu hakikat bahawa disamping kewujudan pil-pil “wonder drugs” ini ada juga kaedah penyembuhan secara sunnah Nabi yang dianggap sebagai nature cure yang ternyata lebih baik untuk kesihatan manusia.

sumber: http://memori-dan-aku.blogspot.com/2012/06/bawang-putih-baik-untuk-kesihatan.html

Bagi mereka yang tidak mampu atau tidak boleh makan bawang putih secara direct atau dimasak.. Boleh mencuba supplement GARLIC SHAKLEE.. InsyaAllah.. manfaat & khasiatnya sama seperti ORIGINAL GARLIC

Untuk sebarang info dan konsultasi:
-----------------------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH

Tuesday, January 20, 2015

KENAPA kena MAKAN BAWANG PUTIH???


8 Sebab kenapa perlu makan bawang putih
1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Sumber:  http://memori-dan-aku.blogspot.com/2012/06/bawang-putih-baik-untuk-kesihatan.html

Nota kaki: Bawang putih bahan WAJIB dalam masakan maklong... Anda semua pun sama kan.. kan.. kan.. Consume Garlic Shaklee pun dikira Makan Bawang Putih jugak kan! Aci tak?? hihi...

-----------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH!

Monday, January 19, 2015

SUPPLEMENT DALAM KEHIDUPAN

Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari. 


Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.

Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.
Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.
Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.
“Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas . Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.

“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.
‘‘Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan. 

Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya. 
“Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan. 

‘‘Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005. 
“Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan," katanya.
Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.
Sekiranya berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain.

Senaman juga penting
Rose Hanizan turut mengingatkan bahawa senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino, vitamin C, vitamin E, serta beberapa jenis mineral. 

“Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut.
“Di samping jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang
tiada tambahan bahan kimia selain halal.
“Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah.
“Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh.

“Jadi pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan," tegas Rose Hanizan lagi.
Beliau juga menasihatkan pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat.
Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun - tahun penggunaan tetap ada. 

Paling penting pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut.
“Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan," ujarnya.


InsyaAllah.. Shaklee adalah selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi.. Semestinya HALAL..
Ingin dapatkan Supplement Shaklee anda??
Hubungi maklong untuk keterangan lanjut.

-----------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA KADIR
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH!

“Kenapa Gigi Anak Saya RONGAK???” – Dr. Husna Razak

Assalamualaikum.. Hari ni maklong nak kongsikan sesuatu FAKTA tentang GIGI RONGAK yang sering dialami oleh anak-anak kita.. Jom kita baca k! Semoga bermanfaat..
 
Saya pasti anda semua pernah lihat kanak-kanak yang giginya rongak. Gigi hadapannya kelihatan kehitaman, malah mungkin sudah pecah-pecah hingga tiada rupa gigi normal lagi. Ada ibu bapa yang memberi alasan bahawa gigi anak mereka memang “sudah reput ketika mula-mula tumbuh lagi.” atau “Tak mengapalah doktor, cuma gigi susu.”

Sebenarnya, kecuali terjadi kekacauan dalam proses pertumbuhan gigi (contohnya amelogenesis atau dentinogenesis imperfecta), semua gigi kita tumbuh dengan normal pada mulanya. Namun, setelah gigi tumbuh di dalam mulut, ia mula terdedah dengan keadaan persekitaran mulut pH yang rendah yang terdiri daripada komponen-komponen seperti air liur, kuman, sisa makanan dan sebagainya.
Di Malaysia, berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2007, sebanyak 74.5% kanak-kanak yang berusia 6 tahun mengalami masalah karies gigi. Tambah menyedihkan, lebih satu perempat daripada kanak-kanak berusia 5 tahun mempunyai lebih dari 10 gigi susu yang pernah mengalami karies! Penemuan ini jelas mendorong kepada keperluan mencegah dan mengurangkan karies gigi di kalangan kanak-kanak.

Mengapakah gigi susu penting untuk kesihatan kanak-kanak?
  • Membolehkan kanak-kanak makan secara normal untuk pengambilan nutrisi yang penting bagi tumbesaran.
  • Membantu kanak-kanak belajar bertutur. Ketiadaan gigi mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut pelat dan lambat belajar menyebut sesetengah huruf dengan betul.
  • Membantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.
  • Menyediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.
  • Memberi penampilan yang lebih menarik. Oleh itu, gigi susu yang sihat membantu perkembangan psikologi kanak-kanak.
Proses karies.
Secara ringkasnya, karies terjadi akibat pancernaan gula dalam makanan oleh kuman dalam air liur. Ini menyebabkan penghasilan asid yang boleh menghakis gigi. Oleh sebab adanya penglibatan kuman dalam proses ini, karies gigi telah dikenalpasti sebagai penyakit yang boleh berjangkit.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko karies gigi dikalangan kanak-kanak, antaranya :
  • Diet yang kurang sihat terutamanya pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.
  • Menyusu botol. Terutamanya jika kanak-kanak kecil diberi minuman bergula di dalam botol susu kemudian dibiarkan tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam.
  • Status sosioekonomi dan pendidikan ibu bapa atau penjaga yang rendah dikaitkan dengan peningkatan karies gigi kanak-kanak kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut.
  • Kuman Mutans Streptococci (MS). Kuman ini adalah di antara kuman yang bertanggungjawab dalam pembentukan karies gigi. Ketika lahir, kanak-kanak tiada kuman MS di dalam mulut. Namun, perkongsian air liur dengan ibu bapa (contohnya ketika perkongsian makanan, sudu, dsb) menyebabkan kanak-kanak dijangkiti MS.
  • Plak mengandungi berjuta-juta kuman yang menyebabkan karies. Kanak-kanak yang tidak memberus gigi didapati mempunyai plak gigi yang banyak serta karies gigi yang teruk.
Apakah yang boleh berlaku sekiranya karies gigi kanak-kanak tidak dirawat?
Kesan yang paling jelas tentunya rasa sakit. Kanak-kanak mungkin akan menangis dan mengadu kesakitan, terutamanya pada waktu malam. Sekiranya rawatan segera tidak diberikan, karies boleh melarat sehingga bernanah dan kebengkakan muka (cellulitis). Pada tahap ini, ada kemungkinan kanak-kanak itu terpaksa dimasukkan ke wad untuk diberikan intravenous antibiotic bagi mengelakkan kuman daripada merebak ke tempat lain di dalam badan.

Tanda-tanda awal karies gigi bagi kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa/penjaga, andalah orang yang paling banyak meluangkan masa dengan kanak-kanak. Jadi, anda sebenarnya memainkan peranan penting sebagai orang yang pertama mengesan pembentukan karies gigi kanak-kanak diperingkat awal. Anda hanya perlu mengangkat bibir anak anda seperti dalam gambar dan periksa bahagian atas dan hadapan gigi.
Pada peringkat awal, karies gigi kanak-kanak muncul sebagai tompok-tompok putih di atas permukaan gigi, yang kebiasannya bermula di gigi hadapan dan atas. Lama-kelamaan, ia boleh bertukar menjadi tompok kuning, perang atau hitam. Pada mulanya, gigi hadapan dan atas yang terlibat, diikuti gigi-gigi lain. Jika dibiarkan berterusan , tompok-tompok tersebut boleh merebak ke lapisan gigi yang paling dalam dan pecah-pecah, lalu kelihatan rongak.

Rawatan karies gigi kanak-kanak:
  • Seperti kata slogan terkenal, “Anda mampu mengubahnya.” Kesihatan gigi bermula dari rumah. Kurangkan memberi kanak-kanak snek dan minuman bergula. Sebaliknya, tukarlah kepada menu yang lebih sihat seperti buah-buahan sebagai snek.
  • Kawal pembentukan karies. Dalam proses ini, doktor gigi akan menasihatkan anda mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko karies gigi untuk anak-anak anda. Contohnya:
  • Elakkan anak anda daripada tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam.
  • Jangan beri minuman bergula kepada anak anda dalam botol susu.
  • Berus gigi anak anda dengan ubat gigi berflorida.
  • Menstabilkan karies gigi yang sedia ada. Gigi berlubang yang sudah ada karies akan dibersihkan dengan spoon excavator (alat tangan yang mempunyai bentuk seperti sudu kecil) dan akan ditampal dengan bahan tampalan yang sesuai, contohnya glass ionomer cement (GIC). Salah satu ciri istimewa GIC adalah keupayaannya untuk membebaskan florida. Setelah karies distabilkan, ia tidak akan merebak untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk.
  • Cabutan. Gigi yang tidak dapat diselamatkan, contohnya yang bernanah, kadang-kadang terpaksa dicabut. Namun begitu, rawatan ini bergantung kepada keadaan. Kanak-kanak kecil selalunya sukar bekerjasama. Cabutan awal juga boleh menyebabkan sususan gigi dan rahang tumbuh dalam keadaan tidak seimbang pada masa hadapan.
Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK) seorang pegawai pergigian yang sedang bertugas di Kelantan. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Rujukan:
  • Clinical practice guidelines for management of severe early childhood caries http://www.moh.gov.my/attachments/8298.pdf
  • Guidelines for Early Childhood Oral Healthcare (2008), Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia  

Pengambilan supplement yang terbaik untuk anak anda boleh membantu mengawal terjadinya karies gigi, atau masalah gusi dan gigi yang lain. Pengambilan Kalsium, Multivitamin juga membantu kanak-kanak hindari RONGAK..
Shaklee juga menawarkan Set Kesihatan untuk anak-anak yang terbaik sesuai dengan proses tumbesaran mereka. Shaklee adalah pilihan yang BIJAK!

Sebarang pertanyaan , info atau keterangan lanjut boleh hubungi:

-----------------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA KADIR
0137445591 
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com
SIHAT ITU AMANAH!

Wednesday, January 14, 2015

DETOX ohhh DETOX!!!

Kenapa Kita Perlu Detox atau Cuci Usus?


Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. 

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan

Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Melalui kaedah pemakanan, anda dinasihatkan untuk :
  • Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
  • Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
  • Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
  • Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
  • Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari)

Selain daripada kaedah penjagaan pemakanan, pengambilan suplemen juga dapat membantu untuk melakukan proses detox. 
DETOX juga memainkan peranan penting bagi memastikan supplement /vitamin yang kita ambil ke dalam tubuh diserap secara maksimum dan terbaik.. Barulah tubuh kita sihat dan bertenaga!

Shaklee menawarkan Supplement untuk DETOX bagi memudahkan anda..


Untuk sebarang info dan keterangan lanjut:
----------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA BINTI ABD KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH!

Tuesday, January 13, 2015

5 TIPS untuk MATA yg SIHAT dan MENAWAN!!

Dari kerana mata..
yang mempunyai kuasa..
ohhhh aku tergoda..
aku tergoda terkecewa..

orang kata dari mata turun ke hati..
cewah.. ada orang jatuh cinta dek panahan mata.. maklong nak kongsikan beberapa TIPS untuk menjaga Kecantikan dan Kesihatan MATA!!


beautiful-eyes-06

Adakah anda inginkan mata yang cantik dan sihat? Berikut adalah tips berguna untuk anda memelihara dan mendapatkan mata yang anda idamkan.

5 TIPS untuk KESIHATAN MATA anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Pengambilan telur
Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.

2.
Perbanyakkan pengambilan Antioksida
Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3.
Banyakkan mengambil Omega 3
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

4.
Supplemen
Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risiko mata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnya kecuali atas arahan doktor.

5.
Menjaga tekanan darah dan berat badan
Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.
 









Sumber: Karangkraf

Nampak??? Pengambilan Supplement sangat membantu kesihatan mata kita kan.. Shaklee menawarkan supplement terbaik untuk kesihatan mata anda.. Ingin mendapatkan info dan konsultasi lebih lanjut??

-------------------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA BINTI ABD KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel:syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH!

10 TIPS MUDAH KECANTIKAN DALAMAN WANITA!!

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan..
Walaupun cantik itu bersifat subjektif namun sebagai wanita kita harus sentiasa bersyukur atas anugerah yang Allah berikan pada kita terutama kecantikan dan kesempurnaan rupa paras. Namun jangan merasa sedih atau merendah diri andai ada kekurangan terhadap diri kita kerana secara fitrah Islamnya.. Manusia bukanlah sempurna.. Kekurangan itu mengajar kita supaya lebih bersyukur, lebih berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan itu.

Apa yang pasti.. Kecantikan yang utama bukanlah dilihat dari luaran sahaja.. Namun kecantikan dalaman yang paling utama kerana kecantikan dalaman yang sihat akan menerbitkan kecantikan luaran anda.. 

Jom maklong kongsikan 10 TIPS untuk anda yang ingin kekal Cantik!
 
10 Tips Kecantikan Dalaman Wanita
air
1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

yoga-stretch
2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

overcome-teenage-smoking
3.    Jangan merokok.
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?


051810_SleepGirl

4.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


natural-beauty-opener-lg

5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih


1200caloriedietmenu
6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.


spa4
7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.


Listening-to-Music
8.    Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.


confident-woman
9.    Don't worry, be happy.
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


laughing-women-friendship-greetings
10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Amacam?? mudah kan!! InsyaAllah pasti boleh! Pengambilan Supplement juga sangat membantu anda tampil SIHAT, BERTENAGA dan Semestinya CANTIK LUARAN & DALAMAN.. SHAKLEE pilihan yang terbaik untuk anda!

credit to: PUSPANITA BHEUU

Dapatkan segala Info & Konsutasi PERCUMA dari maklong khas untuk anda

--------------------------------
Shaklee Independent Distributor
SYAMSILA BINTI ABD KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH!
 

Monday, January 5, 2015

VITA-LEA untuk Kanak-Kanak KEMBALI LAGI!!!!



Tahun baru 2015 dimulakan dengan KEMBALINYA Multivitamin & Multimineral TERBAIKK untuk anak-anak. Syukur Alhamdulillah... Setelah Setahun tiada dalam pasaran.. Kini ia kembali menceriakan kita.. Tambahan lagi ada PROMOSI BUY 3 FREE 1 untuk JANUARI 2015 khas untuk semua pengguna Shaklee.

Memandangkan Vita-lea ni untuk kanak-kanak..
Soalan pertama yang sering diajukan ialah.. “Apa rasa vitalea ni? Masam ke? Manis ke? Tawar ke?”.

Vitalea For Children menggunakan pemanis semulajadi yang diekstrak dari buah anggur dan ibu bapa tak perlu risau kerana ia mengandungi xylitol bagi melindungi gigi anak kita daripada kaviti. Ia adalah multivitamin dan multimineral power kerana mengandungi 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B. Pendek kata, ia lengkap dengan 18 vitamins dan minerals penting untuk tumbesaran anak. Tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis atau sebarang bahan-bahan tiruan. Boleh dikunyah begitu sahaja.

Amaran:
Untuk anak berusia 4 tahun ke atas, Vitalea untuk kanak-kanak ini boleh di ambil 2 biji sehari. Anak anda mungkin sangat suka suplemen ini dan mereka akan meronta-ronta mahu mengunyahnya berkali-kali. So.. Lepas dapat je suplemen ni, cepat-cepat simpan ditempat yang tersembunyi ya. Takut nanti anda tak mampu melawan permintaan si anak. Hahahahaha…

Bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 3 tahun dan dah pandai mengunyah tablet, pengambilan Vitalea For Children ialah 1 biji sehari dan hendaklah dengan pengawasan orang dewasa. Jika anak anda belum pandai mengunyah, ia boleh dihancurkan atau dilarutkan dalam air minuman mereka

Manfaat Vita-Lea for Children

Antara manfaat suplemen ini ialah:
  1. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian
  2. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  5. Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  6. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  7. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  8. Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  9. Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  10. Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  11. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia
  12. Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  13. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  14. Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  15. Membantu penyerapan zat dari makanan 
sumber: http://www.ibumadeeha.com/2015/01/vitalea-for-children.html#more-5399

InsyaAllah.. pengambilan Vita-lea membantu melengkapkan keperluan nutrisi anak anda sepanjang tempoh tumbesaran. Untuk kesan yang paling terbaik.. Boleh berjemaah dengan Chewable Vitamin C, Omega Guard dan Melashakes.

Hubungi maklong untuk konsultasi k

---------------------------
SYAMSILA ABD KADIR
SID 1139304
0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH

Saturday, January 3, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum.. Syukur Alhamdulillah tahun baru 2015 yang dinanti-nantikan telah tiba.. Tahun 2014 titik permulaan maklong berkecimpung serius dalam Shaklee walaupun kenal Shaklee dah lama.. Syukur kerana Allah lorongkan hati ini untuk SEDAR dan terus menambah nilai kesihatan diri sendiri dan keluarga. Allah lorongkan jua hati ini untuk terus istiqamah dan serius untuk berbisnes walaupun macam-macam prasangka timbul di awal penglibatan maklong..


Walaubagaimanapun.. bak kata orang TAK KENAL MAKA TAK CINTA.. Bila CINTA DI HATI KEAJAIBAN MENANTI.. SHAKLEE banyak menambah nilai terhadap kesihatan maklong dan keluarga.. KESIHATAN itu AMANAH yang mesti dijaga dan dihargai.. Sihat tu kan REZEKI dari ALLAH.. Bila seronok menjaga kesihatan.. minimumkan kehadiran penyakit.. CINTA untuk BISNES datang sendiri... 

KELUARGA lah kekuatan UTAMA maklong untuk terus istiqamah berbisnes.. Antara PUSH FACTOR maklong untuk KAYA & BERJAYA DUNIA AKHIRAT bersama Shaklee yang juga AZAM Maklong untuk Tahun 2015 ini ialah:

1) KELUARGA yang SIHAT especially anak.. Tak sanggup lihat anak sakit makan ubat yg banyak bahan kimia..

2) SUAMI yang sentiasa memberi sokongan & restu.. Maklong nak bantu dia especially kewangan.

3) WAHM impian maklong.. Mahu uruskan rumahtangga, mahu lihat anak membesar depan mata, mahu tumpukan perhatian dan didik anak berakhlak mulia dan sekaligus mengutamakan Allah Maha Pencipta.. Mahu luangkan lebih banyak masa & kehidupan dengan Allah.. InsyaAllah...

4) BEBAS KEWANGAN.. Kekayaan bukanlah segala-galanya.. Namun segalanya memerlukan KEKAYAAN dan EKONOMI yang kukuh.. Bila KAYA, mudah0mudaha lebih banyak lagi sumbangan terhadap pembangunan ISLAM seperti sedeqah.. Infaq.. pembangunan masjid dan segala aktiviti kerohanian yang membantu penambahan SAHAM AKHIRAT kita.. InsyaAllah..

Semoga dipermudahkan segala urusan Maklong ye.. Mohon doa anda semua.. Semoga kita sihat sentiasa dan bersyukur atas nikmat SIHAT yang Allah kurniakan.. Sakit itu Penghapus Dosa.. Namun, Supplement Shaklee adalah ikhtiar kita untuk JAGA KESIHATAN.. ALLAH jua maha Menyembuhkan... 

semoga kita sama-sama kaya dan berjaya di dunia & akhirat. ISLAM TIDAK melarang umatnya untuk KAYA.. kerana KEKAYAAN MUTLAK hanya MILIK ALLAH... Kita hanya PINJAM dan menjaga AMANAH ini dengan baik dan salurkannya ke jalan yang DIREDHAI..

ALLAHUMMA YASSIR WALA TU'ASSIR..
ALLAHUMMA AMEEN...

Ingin bersama-sama maklong berjaya dengan SHAKLEE??

-------------------
SYAMSILA ABD KADIR
Tel: 0137445591
FBPage: Amanah Sihat Maklong
Emel: syamsila@gmail.com

SIHAT ITU AMANAH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...